Pakar jam tangan terpakai (pre-loved) premium. Gaya eksklusif tidak semestinya perlukan poket yang tebal. 100% Original. Servis Tiptop. Harga Boleh Bincang.
Kami faham risau beli barang 'second'. Sebab itu kami bagi jaminan ini.
Setiap jam telah disemak oleh pakar horologi kami. Dari enjin (movement) hinggalah ke cermin. Sahih original baru kami jual.
Beli dan terus pakai. Semua jam tangan automatik atau kuarza kami telah dicuci, diminyak, dan ditukar bateri jika perlu.
Bosan pakai? Nak upgrade? Kami sudi beli semula jam yang dibeli dari kami dengan harga yang munasabah.
Stok sangat terhad. First come, first serve.
Model klasik kegilaan ramai. Bezel berputar lancar, lume masih menyala terang. Caliber 4R36 automatik berfungsi cemerlang. Tiada calar pada cermin.
Aura 'old money' sebenar. Gold capped, dial masih bersih dengan patina yang minimal. Sesuai untuk acara rasmi atau gaya kasual hujung minggu.
Jam bersepadu (integrated bracelet) moden. Baru berusia 4 bulan, owner lama nak upgrade. Lengkap berserta kotak asal dan kad waranti pengeluar.
Lebih 500+ jam tangan terjual dengan rating 4.9/5 bintang.
"Mula-mula was-was nak beli jam beribu ringgit online. Tapi lepas tengok review Wak, saya beranikan diri. Memang puas hati, barang sampai esoknya, kondisi macam baru keluar kedai!"
Pembeli Tissot PRX
"Packaging kemas dan selamat. Paling best Wak layan segala soalan nubie macam saya pasal jam automatik. Trusted seller 100%. Nanti nak repeat order untuk isteri pula."
Pembeli Seiko Turtle
"Harga memang murah dari market lain. Jam pun telah diservis elok. Cuma pos ambil masa 3 hari ke Sabah, tapi berbaloi menunggu. Recommended giler untuk geng collector!"
Pembeli Omega Vintage
Kekeliruan sebelum membeli? Baca jawapan di bawah.
Ya! Keaslian adalah nyawa perniagaan kami. Kami tidak menjual sebarang jam 'copy', gred, atau tiruan. Setiap jam diperiksa rapi sebelum dibeli oleh kami dan sebelum dijual kepada anda. Jaminan pulangan wang 100% jika terbukti palsu oleh pakar.
Untuk jam diver dan moden, kami menguji rintangan airnya selepas diservis. Namun, untuk jam tangan VINTAGE, kami tidak menggalakkan anda membawanya mandi atau berenang kerana penutup getah (gasket) mungkin sudah tidak sesuai untuk tekanan air tinggi.
Kami menggunakan kurier berinsurans (GDEX/J&T) yang selamat. Pengeposan adalah PERCUMA seluruh Malaysia. Kami juga menerima servis COD (Cash On Delivery) khusus untuk kawasan Lembah Klang sahaja dengan deposit minima.
Mestilah ada! Wak Cencorot memberi waranti pergerakan (movement) selama 6 Bulan. Jika jam bermasalah, hantar semula kepada kami dan kos pembaikan ditanggung beres.
Jangan tunggu lama, stok kami cuma ada SATU untuk setiap model. Hubungi Wak sekarang untuk 'lock' jam anda sebelum dikebas orang lain.