GeraiNow
Dalam Build Drop kali ini, kita bukan sekadar membina satu website. Kita akan belajar bagaimana satu masalah boleh diterjemahkan menjadi sebuah sistem digital yang mempunyai beberapa pengguna, beberapa aplikasi dan sebuah model perniagaan.
Apa sebenarnya IL Build Drop?
IL Build Drop ialah latihan berkala untuk membantu anda belajar melihat masalah, membentuk idea, merancang sebuah sistem dan menggunakan AI untuk membina prototype.
Anda tidak perlu menjadi programmer dan anda tidak wajib membina semua yang diberikan dalam Drop ini. Tujuan utama ialah belajar bagaimana seorang builder dan founder berfikir.
Apa yang anda akan belajar dalam Drop ini?
GeraiNow hanyalah contoh. Pelajaran sebenar ialah memahami bagaimana sebuah startup digital boleh mempunyai beberapa jenis pengguna dan beberapa aplikasi yang saling berkait.
Berfikir dari masalah
Jangan bermula dengan “saya nak buat app”. Mulakan dengan memahami masalah yang mahu diselesaikan.
Kenal pasti pengguna
Customer, merchant dan admin mempunyai tujuan dan keperluan yang berbeza.
Pecahkan sistem
Projek besar menjadi lebih mudah apabila kita pecahkan kepada aplikasi dan fungsi yang kecil.
Sebelum bina aplikasi, cari masalah.
Bayangkan situasi biasa yang mungkin berlaku apabila seseorang mahu membeli makanan di gerai.
Ali nak beli burger selepas balik kerja.
Nampak macam mudah. Tetapi sepanjang proses itu, sebenarnya ada beberapa friction yang boleh diselesaikan menggunakan teknologi.
“Bagaimana kita boleh membantu pelanggan mencari gerai berhampiran, melihat menu dan membuat tempahan lebih awal supaya mereka tidak perlu menunggu lama apabila sampai?”
Founder biasanya tidak bermula dengan “saya mahu buat aplikasi”. Mereka bermula dengan “saya nampak satu masalah — bolehkah teknologi membantu menyelesaikannya?”
Daripada masalah, lahirlah GeraiNow.
GeraiNow ialah platform hyperlocal untuk membantu pelanggan mencari gerai, melihat menu dan membuat preorder untuk pickup.
Cari
Cari gerai, food truck, pasar malam atau penjaja berhampiran.
Order
Lihat menu, harga, pilih makanan dan buat preorder sebelum sampai.
Pickup
Datang apabila makanan hampir atau sudah siap.
Order sebelum sampai. Pickup bila siap. GeraiNow bukan sekadar direktori gerai — ia cuba mengurangkan masa menunggu.
Siapa yang akan menggunakan sistem?
Jangan terus fikir tentang page. Kenal pasti dahulu siapa pengguna. Klik setiap pengguna untuk melihat apa yang mereka perlukan.
Customer
Orang yang mahu mencari dan membeli makanan.
Merchant
Pemilik atau pekerja gerai.
Admin
Pihak yang mengurus keseluruhan GeraiNow.
Kenapa perlu 3 aplikasi?
Kerana setiap pengguna mempunyai tujuan yang berbeza. Interface mereka juga tidak patut sama.
Customer mahu membeli.
Merchant mahu mengurus.
Kita memecahkan sebuah sistem berdasarkan role pengguna. Konsep yang sama boleh digunakan untuk marketplace, booking system, delivery platform dan banyak lagi.
Bagaimana semua aplikasi saling berkait?
Satu startup. Tiga aplikasi.
Explore setiap aplikasi untuk memahami fungsi dan objektifnya.
Customer App
Objektifnya ialah membantu pelanggan mencari gerai dan membuat preorder semudah mungkin.
Merchant App
Objektifnya ialah membantu pemilik gerai mengurus order, menu dan operasi tanpa bergantung kepada mesej yang berselerak.
Admin Portal
Digunakan oleh pihak yang mengendalikan platform GeraiNow secara keseluruhan.
Apa benda backend?
Ini antara konsep yang selalu mengelirukan beginner. Kita mudahkan.
Customer membuat order.
Menyimpan dan menghantar data kepada aplikasi lain.
Customer buat order. Bagaimana Merchant App tahu ada order baharu? Data perlu disimpan dan dihantar. Di sinilah backend memainkan peranan.
Prototype ≠ sistem sebenar.
Untuk belajar & test idea
Untuk pengguna sebenar
Kalau orang guna, macam mana ia buat duit?
Builder fikir tentang fungsi. Founder juga perlu memikirkan bagaimana produk boleh menjadi sebuah bisnes. Tekan setiap model untuk explore.
Transaction Fee
Caj kecil daripada setiap transaksi.
Merchant Subscription
Langganan untuk tools tambahan.
Featured Listing
Bayar untuk visibility tambahan.
Jangan copy GeraiNow bulat-bulat.
GeraiNow bukan jawapan. Ia ialah contoh cara berfikir. Ambil struktur masalahnya dan lihat bagaimana konsep yang sama boleh digunakan dalam industri lain.
Cari salon → pilih servis → book slot.
Cari car wash → pilih package → book giliran.
Cari laundry → servis → pickup status.
Cari florist → bouquet → pickup.
Cari vendor event → request booking.
Home baker → menu → preorder.
Prototype siap? Jangan berhenti.
Tanya satu soalan: “Apa satu perkara yang boleh menjadikan produk saya lebih berguna atau lebih unik?”
Live Gerai Status
Tahu gerai sedang buka secara live.
Queue Estimate
Anggaran waktu menunggu.
Pickup QR
Scan semasa mengambil order.
Smart Pickup Slot
Elak terlalu banyak order serentak.
Loyalty Stamp
Ganjar pelanggan berulang.
AI Food Assistant
Cadangkan makanan ikut bajet dan selera.
Gerai Heatmap
Kawasan dan gerai popular.
Flash Menu
Jual stok akhir sebelum gerai tutup.
Group Order
Ramai orang tambah item dalam satu order.
Favourite Alert
Alert apabila gerai kegemaran buka.
Tak perlu bina semuanya sekaligus.
Pilih level berdasarkan kemampuan anda sekarang. Naik level apabila anda sudah bersedia.
Customer App
Fokus kepada pengalaman pelanggan.
Customer + Merchant
Belajar bagaimana dua role berinteraksi.
Full Ecosystem
Customer, Merchant dan Admin.
Versi Anda
Tambah sesuatu yang tiada dalam contoh.
Jawab 6 soalan ini dahulu.
Kalau anda boleh menjawab soalan ini, anda bukan lagi sekadar generate code. Anda sedang mula berfikir sebagai product builder.
Siapa sebenarnya yang akan menggunakan produk ini?
Masalah apa yang berlaku sekarang?
Apa perkara utama yang pengguna mahu lakukan?
Customer? Merchant? Admin? Staff?
Adakah satu app cukup atau perlu beberapa portal?
Apa inovasi atau pendekatan anda sendiri?
Jangan suruh AI bina semuanya sekaligus.
Projek besar lebih mudah apabila dibina dalam bahagian kecil.
Pecahkan
Minta AI pecahkan sistem kepada prompt berasingan.
Bina satu
Mulakan dengan satu aplikasi sahaja.
Test & sambung
Uji dahulu sebelum bergerak kepada aplikasi seterusnya.
Ini sangat berguna terutama apabila menggunakan AI versi percuma atau apabila projek sudah mula menjadi besar.
Gunakan AI sebagai System Planner.
Master Prompt ini bukan untuk meminta AI membina keseluruhan GeraiNow. Ia digunakan untuk memecahkan projek kepada prompt yang lebih kecil.
Copy Master Prompt.
Paste kepada AI.
AI hasilkan 3 prompt berasingan.
Jangan copy ketiga-tiga sekali. Kalau anda beginner, ambil Customer App dahulu. Bina, test dan fahami. Kemudian barulah bergerak kepada Merchant App dan Admin Portal.
Jangan hanya tukar nama, warna & logo.
Itu customization. Bukan innovation. Cuba ubah sekurang-kurangnya satu bahagian daripada konsep asal.
Fokus pasar malam sahaja?
Subscription instead of fee?
Reserve slot instead of order?
Tambah queue system?
Tukar kepada salon?
Tambah AI recommendation?
Sekarang cipta versi anda.
Isi worksheet ini. Jawapan anda akan disimpan secara automatik pada browser ini.
Founder Worksheet
Apa sebenarnya yang anda patut belajar?
GeraiNow Explored.
Anda baru melihat bagaimana satu masalah harian boleh berkembang menjadi sebuah ecosystem digital. Anda tidak perlu membinanya hari ini. Simpan, ubah atau gunakan struktur ini untuk mencipta idea anda sendiri.